19 Januari 2022, 10:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dahulunya, ibu negara Indonesia ialah Jakarta, kini kerajaan Indonesia mengumumkan nama baharu bagi ibu negara mereka ialah “Nusantara”.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa dan disahkan oleh Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi pada Isnin lalu.

Menurut Suharso Monoarfa, ibu negara baharu itu terletak di Kalimantan Timur dan sekali gus menjadikannya antara perpindahan terbesar dari Jakarta yang kini terletak di Kepulauan Jawa.

Cadangan reka bentuk ibu negara baharu, Nusantara di Kalimantan Timur Indonesia.

“Saya juga menerima pengesahan dan arahan daripada Presiden Jokowi untuk menamakan ibu negara baharu Indonesia sebagai Nusantara,” katanya.

Jelas Presiden Jokowi, pilihan ini dibuat disebabkan Nusantara dari dulu lagi menjadi ikon antarabangsa dan menggambarkan Indonesia.

Oleh itu, Nusantara akan dibentuk sebagai bandar mesra alam.

Tayangan video yang dikongsikan juga memperlihatkan penggunaan tenaga lestari dalam menjadikan persekitaran dan kepulauan tersebut berkonsepkan ekosistem yang penuh kehijauan.

Pada tahun 2019, Indonesia telah berkongsi cadangan untuk memindahkan ibu negara ke lokasi baharu susulan untuk mengurangkan beban lebih daripada 10 juta penduduk yang mengalami kesesakan lalu lintas yang luar biasa di negara itu.

Mengulas lebih lanjut berkaitan ibu negera baharu ini, proses pembinaan itu dijangka dilakukan secara berperingkat bermula dari tahun 2022 hingga tahun 2024.

Sumber video: Rnggt

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!