1 Mac 2022, 15:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dewan Undangan Negeri Sarawak telah meluluskan beberapa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan 2022 kepada Perlembagaan Negeri Sarawak yang melibatkan perubahan terma “Ketua Menteri” kepada “Premier”.

Pindaan tersebut mendapat sokongan 67 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), manakala enam ahli dewan biasa tidak bersetuju.

Rentetan itu, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang bergelar Ketua Menteri Sarawak sebelum ini dikenali sebagai Premier Sarawak.

Selain perubahan terma Ketua Menteri, RUU berkenaan turut menyaksikan perubahan terma jawatan Menteri Muda kepada Timbalan Menteri.

Selain itu, Pejabat Ketua Menteri Sarawak bakal dikenali sebagai Pejabat Premier Sarawak, manakala Timbalan Ketua Menteri akan menggunakan terma Timbalan Premier.

Menurut kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Amar Jaul Samion, gelaran itu berkuat kuasa pada hari ini selepas pindaan perlembagaan negeri diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) 15 Februari lalu.

Perubahan ini tidak akan membawa apa-apa perubahan yang ketara melainkan hanya untuk menghormati dan mengembalikan status istimewa negeri itu sejajar dengan perjanjian Malaysia 1963 yang menyaksikan Sarawak menjadi entiti utama semasa pembentukan Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.