13 April 2022, 18:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Antara pemenang-pemenang dalam Pertandingan Debat Belia yang berlangsung sejak 26 hingga 28 Mac secara dalam talian dan acara kemuncak dilakukan secara fizikal pada 9 April 2022.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah memperkenalkan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan oleh semua warga pada peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT), seperti di universiti awam (UA), universiti swasta, politeknik dan kolej komuniti dalam Amanat Tahun Baharu 2022 diberikan  perhatian oleh warga akademia.

Amanat itu menjelaskan Rangka Tindakan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi (Sejahtera IPT) wajar dijadikan misi dan visi utama dalam mendepani cabaran pandemik dengan tujuh strategi utama untuk meneruskan momentum kecemerlangan warga akademia ke peringkat seterusnya.

Tema Mahasiswa Belia Nadi Negara Perkasa yang diangkat dalam Pertandingan Debat Belia telah berlangsung sejak 26 hingga 28 Mac secara dalam talian dan acara kemuncak dilakukan secara fizikal pada 9 April 2022 dengan jayanya.

Sebanyak 14 pasukan dari institusi pengajian tinggi Malaysia telah menyertai program yang turut dijayakan dengan kerjasama pengurusan Kolej Tiga Belas (K13), Kelab Debat Bahasa Melayu UPM (KDBM Putra) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Usul debat bertajuk “Sejahtera IPT: Jawapan kepada Masalah Kesihatan Mental dalam Kalangan Mahasiswa” sangat bertepatan dengan isu kesihatan mental yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, lebih-lebih lagi ketika mahasiswa berdepan dengan cabaran pendemik. Pembangunan intelektualisme mahasiswa, penekanan pada pemantapan spiritual mahasiswa perlu dititikberatkan untuk merealisasikan aspirasi pendidikan negara bagi melahirkan graduan seimbang dari segenap sudut merangkumi intelek, rohani dan jasmani.

“UPNM melahirkan pemimpin intelektual berkarakter dan kami tidak pernah berhenti berlatih dan sentiasa konsisten dalam disiplin latihan. Kesemua peserta juga amat meminati bidang debat di samping kami dapat memartabatkan Bahasa Melayu”  – Ahmad Quurtubi Awwabin Azman, Pendebat Terbaik dari UPNM.

UPNM beraksi selaku pencadang di pihak kerajaan sementara UPM beraksi selaku pembangkang. Pasukan debat Kem Sungai Besi dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) telah menjuarai Pertandingan Debat Belia Antara Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2022 (DELIA2022) setelah berjaya menewaskan pasukan debat tuan rumah, Srikandi Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) di Panggung Percubaan UPM.

Pasukan UPNM meraih hadiah piala dan wang tunai sebanyak RM1000 termasuk memenangi kategori Pendebat Terbaik, sementara pasukan debat UPM yang dibarisi oleh semua pelajar perempuan berpuas hati dengan meraih piala dan wang tunai RM700. Anugerah Pendebat Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Muhammad Danial Haikal Muhd Zamzur, manakala Anugerah Pendebat Terbaik peringkat akhir disandang oleh Ahmad Quurtubi Awwabin Azman, kedua-duanya dari UPNM.

Pasukan Kem Sungai Besi UPNM dibarisi oleh Nur Insyirah Ab Rahman, Ahmad Qurtubi Awwabin Azman, Iman Irfan Othman dan Nur Suraya Zulkifli. Tahniah juga kepada Naib Johan sebagai pihak pembangkang kepada pasukan Srikandi KTDI UPM terdiri daripada Imaninah Mumtazah Abd Azazis, Nur Syazana Seruji, Siti Noralia Natasha Baharuddin dan Filda Mahashim telah mempamerkan pendebatan yang cemerlang.

Bagi tempat ketiga terbaik yang hebat dengan hujahnya diraih oleh pasukan Mahallah Sumayyah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pasukan Lembah UPNM yang merupakan pasukan kedua UPNM. Kedua-dua pasukan mendapat hadiah RM400. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Abdullah Arshad, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.

Turut hadir bersama-sama ialah Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, Pengetua Kolej Tiga Belas selaku Penaung merangkap wakil penganjur utama, iaitu Sekretariat Akademik dan Sahsiah, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas, UPM sesi 2021/2022.


Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Pakar Psikologi Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Felow Kluster Wanita dan dan Masyarakat, Majlis Profesor Negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.