Oleh Mubarak Ismail
20 April 2022, 09:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pejabat Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi hos Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Women in Search of Excellence – WiSE, Siri ke – 8 pada pagi ini dengan tajuk “Cabaran Wanita Dalam Keselamatan” pada jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang melalui platform Facebook UPNM.

Majlis dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Penasihat Diraja YTF dan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah. Manakala majlis penutup pula disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi YTF.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan ucaptama pula disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) UPNM, Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin membuat rumusan webinar dan disusuli dengan ulasan ucaptama oleh Dr. Surayya Mohd Saudi, Pengarah Bahagian Korporat UPNM dan KDR Hani Kalsom Hashim TLDM, Timbalan Pengarah NiEEd UPNM.

Forum bual bicara 1 mengupas tentang “Peranan Wanita Dalam Pertahanan dan Keselamatan Negara” yang disampaikan oleh panelis Brigedier Jeneral Dr. Normah Samsuri, Pengarah Pergigian PMBTD, Brigedier Jeneral Fadzillah Abdullah TUDM, Pengarah Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan ATM dan KDR Ts. Dr. Haliza Mohd Zahari TLDM, Pengarah HADR UPNM. Manakala moderator ialah Prof. Dr. Haslinda Abdullah @ Betsy Bennet, Pengarah NiEEd UPNM.

Fokus forum bual bicara 2 pula adalah “Keselamatan Wanita Dalam Perspektif Undang-Undang” yang disampaikan oleh panelis Dr. Zurina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti & Anti Rasuah Nasional JPM, LT KDR Dr. Mazura Md Saman, Timbalan Pengarah CoMIHL UPNM serta Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM. Moderator forum pula adalah Senator Datuk Ras Adiba Razi, Ahli Dewan Negara.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!