14 Mei 2022, 13:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Lima orang bekas pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya membangunkan satu ruangan santai untuk kegunaan diskusi ilmiah bertempat di Lantai Bawah Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP, Pauh Putra.

Menurut UniMAP, usaha ini adalah rentetan hasrat daripada pihak universiti dan Persatuan Alumni universiti bagi merealisasikan program “Giving Back to UniMAP, Giving Back to Society”.

Majlis perasmian kafeteria itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP.

Keberangkatan baginda turut diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro-Canselor, serta puteri sulung baginda berdua, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail. Keberangkatan baginda disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Lt Kol Prof. Dr. Ts Zaliman Sauli dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee, Encik Zulkifli Yusuf serta kepimpinan tertinggi UniMAP.

Kafeteria He & She Coffee @ PTSFP digunakan untuk diskusi ilmiah warga universiti, selain menyediakan menu makanan yang menarik.

Dengan menonjolkan hiasan dalaman kafeteria dan menu yang menarik, “He & She Coffee @ PTSFP” akan dijadikan sebagai satu aset pelaburan bagi Khairul Azri Kamarudin, Mohamad Hazwan Zahari, Mohd Faizal Moin, Mohd Farhan Tugiman dan Mohd Afif Abdul Rahman, di samping menjayakan restoran berkonsepkan francais tersebut dengan pelbagai manfaat kepada mahasiswa dan masyarakat umum.

Dalam majlis tersebut, Lt Kol Prof. Dr. Ts Zaliman Sauli berkata,

Bagi meningkatkan kesejahteraan warga UniMAP, pihak universiti juga telah merancang untuk menyediakan lebih banyak kemudahan rekreasi, seperti pembangunan sekitar tasik Alumni, pembinaan laluan joging dan laluan aktiviti mendaki. Khusus untuk pelajar, UniMAP akan mewujudkan kelengkapan infra pengucapan awam dan ruang kegiatan pelajar akan diwujudkan di setiap fakulti dan kolej kediaman.

Kesemua usaha ini sedang berjalan secara berperingkat dan dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun yang akan datang.

Mengulas lebih lanjut, outlet ini telah menerima sokongan penuh daripada pihak Pengurusan Universiti Malaysia Perlis kerana menjadi francais yang pertama beroperasi di negeri Perlis sejak 25 April 2022 yang lalu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.