Oleh Jamiaton Kusrin
23 April 2024, 15:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Muhammad Alif Haziq Zarrul Hayat

Puchong – Anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), iaitu Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd. (AHR) menganjurkan rumah terbuka “Mekar Lebaran” kepada para perwakilan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, korporat, badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) di Espira Kinrara, hari ini.

Ketua Pegawai Operasi AHR, Tuan Haji Ron Hasni Yusoff berkata,

Di samping meraikan bulan Syawal, majlis ini juga dapat merapatkan silaturahim antara staf dengan jemputan dari pelbagai bahagian yang telah bekerja keras memajukan syarikat hingga pada tahap ini.

Beliau memaklumkan bahawa pertemuan tersebut dapat membuka peluang, malah mengukuhkan hubungan baik antara rakan sinergi syarikat. Tambah beliau,

Inti pati rumah terbuka Aidilfitri kami terletak pada penghormatan kepada para tetamu, rakan sinergi dan rakan media kami yang telah bersama-sama dalam perjalanan Attana.

Majlis rumah terbuka Mekar Lebaran diraikan bersama-sama agensi lain bagi merapatkan jalinan kerjasama.

 

Dalam majlis tersebut, tetamu disajikan dengan pelbagai juadah istimewa yang lazat diiringi dengan alunan muzik sebagai santapan halwa telinga.

Layanan terbaik turut diberikan oleh setiap kakitangan AHR dan Espira Kinrara yang bertugas sehingga menimbulkan kesan positif yang mendalam dalam hati setiap tetamu yang hadir.

Selain itu, reruai foto turut disediakan kepada para tetamu bagi memberikan peluang kepada mereka untuk mengabadikan momen indah bersama-sama.

Menurut AHR, lebih 1400 orang tetamu telah menghadiri majlis tersebut. “Mekar Lebaran” dipilih sebagai tema sambutan majlis bagi menggambarkan Attana yang berkembang pesat dalam industri perhotelan dan menarik perhatian daripada rakan industri dan pesaing.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kepimpinan  tertinggi PNB, para pegawai kerajaan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan tokoh-tokoh penting dari industri perhotelan.

Mekar Lebaran AHR, Mantap dan Terbaik!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.