14 Jun 2022, 09:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang pada 13 hingga 24 Jun 2022, anjuran Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Malaysia Institute of Transport (MITRANS) dengan kerjasama The Chartered Institute of Logistics and Transport, 3M, Mcdonalds, Gadis Gadget dan USU Gadget.

Bertemakan “Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama”, Program Service Learning Malaysia University for Society (SULAM) telah menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT). SK Klang dijadikan sebagai komuniti pilihan bagi kumpulan pelajar pengajian kejuruteraan awam UTM.

Tujuan program ini merupakan satu daripada inisiatif untuk memberikan kefahaman tentang kepentingan keselamatan jalan raya, di samping memupuk kesedaran keselamatan jalan raya kepada warga SK Klang amnya dan kepada pelajar. Dengan adanya program ini, hal ini dapat meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dan membantu komuniti di SK Klang dalam meningkatkan fasiliti di kawasan sekolah terutamannya bagi murid kurang upaya.

Pelaksanaan aktiviti SULAM dalam komuniti ini berteraskan “Kasih Sayang, Kebahagian dan Saling Menghormati”.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah. Kaedah ini mempunyai nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat komuniti itu dikira dalam pengiraan jumlah jam pelajar belajar bagi kursus yang berkaitan. Asas pelaksanaan aktiviti SULAM dalam komuniti adalah Kasih Sayang, Kebahagian dan Saling Menghormati.

Majlis perasmian pelancaran telah disempurnakan oleh Rozana Adam,  Guru besar SK Klang dan wakil UiTM disertai oleh Pertandingan “TikTok Keselamatan Jalan raya”. Program lain seperti  pemantauan keselamatan jalan raya  (RSI), konflik jumlah trafik, had kelajuan, kemudahan dan papan tanda jalan. Menaik taraf laluan pejalan kaki Orang Kurang Upaya (ketidakupayaan pelihatan) dan  memasang pita tanda turapan di laluan pejalan kaki orang kurang upaya. Penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan TikTok Keselamatan jalan raya dijadikan sebagai acara penutupan program.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.