Oleh Aninah Janang
20 November 2022, 08:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perikatan Nasional (PN) yang memenangi 73 kerusi Parlimen, iaitu kedua tertinggi selepas Pakatan Harapan (PH), memuktamadkan untuk tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membuat membentuk kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang medianya menjelaskan bahawa PN akan berbincang dengan parti di Sabah dan di Sarawak  untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Pada masa yang sama, gabungan itu juga terbuka untuk menerima mana-mana parti yang boleh menerima prinsip perjuangan PN untuk membentuk kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan PH. Jelas beliau:

“Kami akan mengadakan perbincangan esok (hari ini) dan harap esok petang, kami boleh memuktamadkan keputusan kami,” ujarnya dalam sidang media di Shah Alam awal pagi ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima surat dari Istana Negara, namun enggan mendedahkan kandungannya.

“Telah diberi kepada kita (PN) perkara-perkara yang perlu kita sempurnakan mengikut kehendak Yang di-Pertuan Agong. Perkara ni perlu kita ambil langkah secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu Pengerusi Parti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg menerusi sidang parti itu pada awal pagi tadi berkata setakat ini pihaknya belum memutuskan untuk kerjasama dengan parti gabungan di Semenanjung bagi membentuk kerajaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.