Oleh Abd Razak Osman
28 November 2022, 18:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya (SKBPJ) mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-6 dengan kerjasama Lotus Bandar Puteri Jaya (BPJ) di padang sekolah SKBPJ, semalam.

Penganjuran kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh pengurus BPJ, Rizal Abd. Rauf. Menariknya, terdapat pelbagai acara sukan yang dipertandingkan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 2.00 petang.

Urusetia kejohanan itu, Luqman Hakim Muhamad Ghazali berkata, dua pelajar SKBPJ, Wan Muhammad Naqib Wan Wan Zainal, 12, dipilih sebagai olahragawan, manakala olahragawati ialah Nur Fitrah Nashua Shamsudin, 12, masing-masing dari Rumah Bendahara.

Rumah Bendahara.
Rumah Laksamana.

Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Laksamana. Olahragawan Harapan dimenangi Ahmad Rayqal Ustazanis, 11, dari Rumah Bendahara, manakalah Olahragawati Harapan dimenangi oleh Nur Iman Safiyya Azhar, 11, dari Rumah Laksamana.

Sementara itu, Olahragawan Tunas dimenangi oleh Muhammad Asri Izzudin Baharudin, 10, dari Rumah Laksamana dan Olahragawati Tunas dimenangi oleh Syazatul Safiyya Ahzan, 10, dari Rumah Temenggung.

Dalam perkembangan yang sama, Khemah Terbaik dimenangi oleh Rumah Syahbandar dan Perbarisan Terbaik ialah Rumah Temenggung.

Rumah Temenggung.
Rumah Syahbandar.
Rumah Bijaya Setia.

Terima kasih kepada semua pihak kerana memberi kerjasama, termasuk Guru Besar, Rosli Saman dan lain-lain hingga Kejohanan Sukan SK BPJ Kali Ke-6 tahun ini berjalan dengan lancar,” kata Luqman Hakim.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.