Oleh Firdaus Mul
2 Disember 2022, 22:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim lengkap membentuk Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Kuala Lumpur – Selepas menanti dengan penuh debaran, akhirnya teka-teki pembentukan Kabinet terjawab pada hari ini. Pemilihan tersebut pastinya mengambil kira pendapat, pertimbangan dan pandangan dari semua pihak yang terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, yakni diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah, maka terbentuklah barisan Kabinet Perpaduan Nasional 2022 ataupun yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan.

YAB Dato’ Seri Anwar menyatakan bahawa pembentukan kabinet ini selaras dengan beberapa prinsip yang diterimapakai untuk merangkul semua kekuatan induk dan dukungan.

Kekuatan induk itu ialah Pakatan Harapan yang mencatatkan jumlah undi terbanyak dan Ahli Parlimen terbesar, diikuti oleh Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.

Ketiga-tiga tunggak ini telah sepakat bukan sahaja dalam membentuk jemaah menteri, malah menetapkan beberapa dasar utama.

Kesemua Ahli Kabinet yang diumumkan dijangka akan selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertuan Agong pada 3 Disember 2022 (esok), pukul 3.00 petang.

Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan: YAB Dato’ Seri Anwar

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komiditi: Dato’ Seri Haji Fadilah Yusof

Menteri Pengangkutan: Antohny Loke

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Ngar Kor Ming

Menteri Pertahanan: Mohamad Haji Hassan

Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Lingi

Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi: Dato’ Seri Mohamad Khalid Nordin

Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat: Dato’ Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahudin Ayob

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Undang-undang dan Reformasi Institusi): Dato Azalina Othman

Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedict

Menteri Luar Negeri: Dato Seri Zambry Abdul Kadir

Menteri Pelancongan: Dato’ Seri Tiong King Sing

Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Ahmad Fadzil

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara: Agu Anak Dagang

Menteri Agama: Dato’ Dr. Mohd Naim Haji Mokhtar, Ketua Hakim Mahkamah Syariah sekarang

Menteri Belia dan Sukan: Dato’ Hannah Yeoh Tseow Suan

Menteri Kesihatan: Dr. Zaleha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah dan Sarawak): Armizan Mohd Ali

Sementara itu, urusan kerajaan khusus Kementerian Kewangan akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak akan mengambil upah, yakni diketuai oleh Penasihat PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.