Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangFoto : Khairul Azhar Baharudin
Alor Setar – Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri telah dlantik semula sebagai Menteri Besar Kedah, sebentar tadi.
Beliau selesai mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit.
Sebelum ini, beliau juga merupakan Menteri Besar Kedah yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN pada ketika itu.
Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRN-15), Perikatan Nasional (PN) Kedah yang diterajui oleh beliau berjaya memperoleh kemenangan besar dan selesa, iaitu sebanyak 33 daripada 36 kerusi DUN.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya sebelum ini, selepas menewaskan calon BN, Dato’ Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16 050 undi.
Dengan berakhirnya majlis mengangkat sumpah itu tadi, spekulasi pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu kini telah selesai apabila Dato’ Seri Muhamad Sanusi Md Nor kembali menerajui Kedah untuk penggal yang seterusnya.