13 September 2023, 20:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis berkenan menerima sembah mengadap oleh Ketua Polis Negara Malaysia, IG Tan Sri Razarudin Husain dan timbalannya, DIG Datuk Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Arau – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada hari ini berkenan menerima sembah mengadap oleh Ketua Polis Negara (KPN) Malaysia, IG Tan Sri Razarudin Husain di Balai Menghadap Biru Istana Arau, Perlis.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut hadir bersama-sama mengadap sembah ialah isteri KPN, Puan Sri Zainah Othman, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isterinya, Datin Sri Datuk Zalena Mohd Ariffin, serta Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Surina Saad.

Tuanku Raja Perlis menzahirkan ucapan tahniah kepada IG Tan Sri Razarudin dan DIG Datuk Sri Ayob Khan atas pelantikan baharu bagi menjalankan amanah menjaga keamanan negara.

Semoga seluruh warga Polis Diraja Malaysia terus komited menjalankan tugas masing-masing dengan penuh cekap, amanah dan berintegriti bagi memastikan negara ini kekal aman dan damai, khususnya di negeri Perlis.

Terdahulu, IG Tan Sri Razarudin  dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak berkuat kuasa pada 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal, manakala DIG Datuk Sri Ayob Khan yang memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sebelum ini dilantik sebagai Timbalan KPN, yang berkuat kuasa pada 22 Jun lalu selepas mengambil alihnya daripada IG Tan Sri Razarudin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.