14 September 2023, 10:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian laporan media mengenai isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak berkenaan peruntukan khas bagi pelaksanaan kerja-kerja naik taraf tandas dan penyelenggaraan institusi pendidikan kerajaan.

Walaupun peruntukan khas ini diberi khusus kepada Sekolah Kerajaan (SK), namun KPM sama sekali tidak meminggirkan kebajikan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).

Pada tahun 2023, KPM menyediakan sumbangan bantuan penyelenggaraan kepada SBK di seluruh negara. Sumbangan bantuan penyelenggaraan SBK telah dibuat berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sumbangan Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2021 dan Tatacara Pengurusan Sumbangan Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2023.

Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid di institusi-institusi pendidikan di bawah kelolaannya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.