15 September 2023, 13:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Hanafi bin Mohd Yusof

Seremban – Program Majalah Dalam Kelas (MDK) yang diadakan di Dewan Ibnu Abbas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said telah disertai oleh pelajar dari tiga buah sekolah, iaitu sebanyak 130 orang pelajar dan enam orang guru yang diadakan pada semalam.

Program MDK Dewan Siswa melibatkan sebanyak 130 pelajar yang terdiri daripada tiga sekolah, iaitu SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS), SMK Agama dato’ Haji Abu Hasan Haji Sail (SEMADAH) dan SMK Sains Tunku Munawir (SASER).

Program MDK yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kerjasama dari tiga buah sekolah iaitu SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS), SMK Agama dato’ Haji Abu Hasan Haji Sail (SEMADAH) dan SMK Sains Tunku Munawir (SASER) bertujuan untuk memperkenalkan majalah Dewan Siswa khususnya kepada pelajar dan guru sekolah menengah bagi membantu pelajar dalam proses mempraktikkan isi kandungan yang terdapat dalam majalah Dewan Siswa sebagai rujukan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Isi kandungan yang terdapat dalam majalah Dewan Siswa merupakan wadah kepada para pelajar dan remaja sebagai sumber ilmu dan maklumat bukan sahaja menjadi tempat luahan rasa dalam bentuk kreatif malah menjadi gelanggang karyawan muda dalam mencanaikan kreativiti dalam bidang kesusasteraan.

Sebelum sesi aktiviti MDK bermula, Editor Majalah Dewan Siswa, Puan Siti Irni Yuslinda Mosman telah memberikan taklimat tentang peluang berkarya bersama-sama Dewan Siswa sebagai panduan dan galakan kepada para pelajar agar menanamkan semangat untuk menghantar karya dan seterusnya diterbitkan oleh majalah DBP.

Antara aktiviti yang disertai pelajar sepanjang Program MDK diadakan.

Melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang program MDK, pelajar juga dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam jangka masa yang singkat dan menghasilkan sebuah penulisan yang baik selain menyusun idea dan menzahirkannya dengan pantas dan tepat, secara tidak langsung berhasil mewujudkan ruang komunikasi antara pelajar, guru dan editorial sekali gus bertukar-tukar pendapat bagi penambahbaikan dan keberkesanan pembelajaran.

Pada masa yang sama, Program MDK diharapkan dapat melahirkan generasi yang berkemahiran dan berbakat dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif serta dapat mendedahkan pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, berguna dan bermanfaat terutamanya dalam kalangan pelajar, guru, dan masyarakat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.