Oleh Rashid Ating
5 Januari 2024, 12:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Perasmian Wacana Strategi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis perasmian ini yang turut bersiaran langsung dalam Facebook KPT dihadiri oleh wakil daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), politeknik, kolej komuniti, latihan perindustrian, tokoh pemikir institusi pengajian tinggi negara.

Ucapan alu-aluan majlis dimulakan oleh Senator Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pemberian peruntukan sejumlah RM16.3 bilion kepada KPT dalam Belanjawan 2024 lalu, dengan peningkatan sebanyak 6.8 peratus.

Wacana ini bakal memeta hala tuju dan pemugaran idea baharu daripada sektor pendidikan tinggi Malaysia, yang melibatkan penyertaan kira-kira 500 orang pemimpin institusi pendidikan tinggi awam dan swasta; golongan akademia serta pihak industri.

Dalam ucapan perasmian, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan beberapa perkara seperti postnormal time, terangkum dalam 3C, iaitu chaos, complexity dan contradiction. Hal ini bermaksud rakyat tidak sepatutnya lupa akan budaya dan bahasa masing-masing. Mereka perlu  terus berusaha untuk mencapai kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi.

“Dengan sinergi sumbangan idea daripada semua pemegang taruh, saya percaya akan menghasilkan strategi berimpak tinggi dan berkesan bagi memacu landskap pendidikan tinggi negara ke tahap yang cemerlang.” – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Rakyat Malaysia harus kekal bersama agar mengakar ke bumi, tetapi terus menggapai ke langit.

Beliau juga menekankan konsep simultaneity, iaitu banyak perkara berlaku dalam masa yang sama, dan wujudnya keperluan mendesak untuk menangani semua permasalah ini dalam masa yang singkat.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa rantau ASEAN ini Malaysia dikenali sebgai sebuah negara yang baik, namun disebabkan oleh beberapa perkara seperti karenah birokrasi, Malaysia kurang menjadi pilihan jika dibandingkan dengan Vietnam, Indonesia dan Thiland.

Dari segi kepesatan, dilihat negara ini semakin menghampiri Malaysia (tanpa mengambil kira Singapura), jika dibandingkan pada awal tahun 90-an.

Mengulas lanjut, beliau juga memberikan tumpuan kepada beberapa perkara, seperti resistance to change, memperbetulkan tatakelola dalam urusan pentadbiran negara dan isu excellence without soul.

Beliau juga turut menekankan kepentingan penguasaan bahasa kedua, selain mengusai bahasa kebangsaan di intitusi pengajian tinggi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.