31 Mei 2024, 15:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Majlis Perumahan Universiti Awam Malaysia yang berlangsung di Auditorium Kompleks Perdana Siswa bertujuan untuk mengangkat warga kolej kediaman menjadi lebih aktif dan berinovasi.

Kuala Lumpur – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Majlis Anugerah Bakat MAPUM (Majlis Perumahan Universiti Awam Malaysia) atau dikenali sebagai MABMA yang dipertandingkan di Auditorium Kompleks Perdana Siswa.

Sebanyak tiga emas, satu perak dan tiga gangsa diperoleh, sekali gus melayakkan universiti tersebut bergelar juara keseluruhan MABMA 2023.

MABMA yang berlangsung pada 29 Mei 2024 menyaksikan hampir 32 kategori dipertandingkan yang melibatkan keseluruhan kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya, iaitu YBrs. Profesor Dr. Sabri Musa.

Bagi kategori emas, Dr. Atiah Sidek telah memenangi Anugerah Inovasi Cemerlang dan Anugerah Felow Cemerlang, serta Mahallah Sumayyah juga emas bagi Anugerah Pemimpin Program Kesukarelawanan.

Mahallah Zaid Harithah pula berjaya merangkul satu perak dan satu gangsa bagi kategori Kelestarian Kolej Kediaman serta Digital dan Teknologi Maklumat.

Selain itu, Mahallah Ali dan Mahallah Sumayyah pula masing-masing berjaya merangkul gangsa bagi Anugerah Kesukarelawanan dan Pemimpin Program Sukan.

Kejayaan-kejayaan yang diraih bagi kolej kediaman UIAM ini menjadi pembakar semangat kepada institusi, serta pihak yang lain untuk terus berusaha mengangkat warga kolej kediaman menjadi lebih aktif dan berinovasi seiring perkembangan dunia yang kian pesat kini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.