22 Jun 2024, 16:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bukit Keteri – Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia akan menganjurkan Projek Jiwa Murni, iaitu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, pada hari ahad, 30 Jun 2024.

Projek Jiwa Murni ini dilaksanakan bersempena dengan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ke-66 Peringkat Kebangsaan yang disambut pada 1 Jun 2024 yang lalu. Pada edisi kali ini, majlis sambutan akan diadakan secara besar-besaran bermula pada 28 Jun hingga 30 Jun 2024 oleh Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat Malaysia di bawah kepimpinan Mejar Jeneral YBhg. Datuk Abdul Rahman A. Wahab selaku Asisten Panglima BPS.

DYMM Pemangku Raja Perlis menziarah kampung Warna-warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Sebanyak 1,714 orang pegawai dan anggota pasukan sukarela dari seluruh negara termasuklah mereka yang akan terlibat dalam Latihan Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MaIPTAAC) siri ke-15 dari 22 buah kampus akan dijadikan sebagai tuan rumah oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dengan kerjasama daripada pelbagai rakan strategiknya yang lain.

 

DYMM Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Komander Rejimen berkenaan dijadualkan berangkat hadir untuk mengetuai inisiatif tersebut.

DYMM Pemangku Raja Perlis bertitah bahawa,

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada usaha yang telah dijalankan sepanjang tahun oleh pihak rejimen yang memegang slogan ‘latih untuk perang’ yang dipimpin oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji. Setiap individu harus memainkan peranan dalam membantu meningkatkan  tahap kebersihan dan keindahan kampung tersebut bersama-sama dengan agensi Awam dan komuniti setempat. Di samping itu, usaha ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga alam sekitar, lebih-lebih lagi sewaktu negeri sedang giat melaksanakan kempen promosi Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra turut merujuk petikan hadis riwayat al-tirmizi, yang diriwayatkan oleh Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, Rasulullah SAW yang bersabda bahawa, “Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu’.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.