Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangJurufoto: Zaidah Zakaria
Kuala Lumpur – Kemajmukan masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini sewajarnya dipertahankan agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang kembali sehingga mengakibatkan isu kebebasan bersuara dan perkauman di negara ini.
Menurut Pengarah VOA Media Network, Datuk Dr. Chamil Wariya, kebebasan bersuara dapat melahirkan masyarakat berfikiran terbuka dan kritis, terutamanya dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk, namun kebebasan itu tidak bersifat mutlak.
Warga netizen jangan terlalu beremosi apabila memperkatakan sesuatu isu yang dianggap terlalu sensitif kerana lebih elok sekiranya ada perbincangan rasional.
Demikianlah pendapat beliau dalam program yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Majalah dengan kerjasama Bahagian Multimedia, dalam program Suara dari Anjung: Dewan Masyarakat yang bertajuk “Kebebasan Bersuara Raikan Kemajmukan Masyarakat Malaysia” pada hari ini.
Program yang berlangsung pada hari ini turut mengundang Professor Sejarah Sosial dan Intelektual ISTAC-IIUM, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Mohd. Noor Merican, manakala Penolong Pengarah Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi, Encik Ahmad Muziru Idham Adnan selaku pemudah bicara.
Dalam perkembangan yang sama, Dr. Chamil berkata,
Perkara asas inilah yang perlu dimainkan peranan oleh masyarakat sewaktu negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Bahkan, beliau beranggapan bahawa masyarakat pada hari ini tidak boleh terlalu lantang dalam membicangkan isu dan hak orang Melayu serta Raja-raja Melayu sehingga menyentuh sensitiviti seperti perkara 3R, iaitu kaum, agama dan raja.
Kita akan mewujudkan satu masyarakat yang ‘memendam rasa’ dan kita tidak mahu perkara itu berlaku kerana boleh memporak-perandakan, malah menghancurkan segala perkara yang telah kita bina selama ini.
“Kemajmukan masyarakat akhirnya akan dapat dikekalkan atau dilestarikan pada waktu yang sama apabila kebebasan bersuara itu dibenarkan. Malah kini didapati elemen ini semakin hari semakin meningkat kebebasan itu,” akhiri beliau dalam wacana tersebut.