Diterbitkan pada 14 Disember 2024, 19:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Tawau – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memastikan akses pendidikan terbaik sampai ke seluruh pelosok negara dan tiada murid yang tercicir.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Datuk Haji Ruji Haji Ubi, “Hanya menerusi pendidikan, taraf kehidupan dapat ditingkatkan dan seterusnya memajukan masyarakat.”

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Datuk Haji Ruji Haji Ubi ketika berucap merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI), di Kampung Sungai Haji Matahir, Tawau, siang tadi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan di Kampung Sungai Haji Matahir, seterusnya melancarkan Sekolah Digital di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Matahir, di sini, siang tadi.

Melalui pelancaran Sekolah Digital, setiap bilik darjah dilengkapi dengan akses digital seperti papan pintar dan peranti tablet yang memberikan manfaat kepada semua murid.

Program Santuni MADANI merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk kampung tersebut.

YBhg. Datuk Haji Ruji Haji Ubi melawat jualan rahmah MADANI yang diadakan bersempena dengan Program Santuni MADANI.

Program tersebut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1000 orang peserta yang terdiri daripada murid, guru dan masyarakat setempat.

Turut diadakan ialah jualan rahmah MADANI, pameran pendidikan dan perkhidmatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta penganjuran acara sukan untuk golongan belia.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi