Diterbitkan pada 16 Januari 2025, 19:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

 Perlis – Pengantarabangsaan merupakan elemen penting dalam usaha meningkatkan imej sesebuah fakulti pada peringkat antarabangsa dan juga merupakan  satu teras utama dalam usaha Universiti Teknologi MARA (UiTM) kearah mencapai pelan strategik GRU2025, iaitu Globally Renowened University.

Menyedari kepentingan tersebut, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Cawangan Perlis telah mengorak langkah bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa dengan universiti di luar negara.

KPPIM dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universitas Islam Negeri (UIN), Sunan Ampel, Indonesia telah merancang pelbagai aktiviti pengantarabangsaan untuk tahun 2025.

Antara intipati perbincangan yang dilakukan termasuk program mobiliti pelajar yang dirancang untuk dijalankan bersempena dengan Program Cultural Orientation Malaysia-Indonesia 2025 melibatkan Universitas Deztron, Medan, Indonesia. Program ini turut memberikan peluang pelajar untuk mempelajari kebudayaan sesebuah negara dengan mengaplikasi ilmu Augmented Reality. Kerjasama lain juga melibatkan pelibatan para pensyarah daripada KPPIM yang akan bertindak sebagai penceramah jemputan.

Selain itu, sembilan pensyarah KPPIM juga ditawarkan untuk menjadi pensyarah pelawat bagi membolehkan para pensyarah berkongsi kepakaran dan ilmu berdasarkan bidang masing-masing. Antara bidang yang terlibat adalah Kejuruteraan Perisian, Gamifikasi, Permodelan Matematik, Pengaturcaraan serta Pangkalan Data.

Turut hadir dalam perbincangan secara maya ialah Dekan Fakulti Sains dan Teknologi,YBrs. Dr. Asep Saepul Hamdani; Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, YBrs. Dr. Hafiyusholeh; Dr. Abid Rohman dan wakil pensyarah dari FST, manakala wakil daripada pihak KPPIM pula dihadiri oleh Dr. Siti Zulaiha Ahmad, Dr. Norfiza Ibrahim, Dr. Huda Zuhrah Ab. Halim, Puan Norayanti Che Jan, Puan Romiza Md Noor dan Prof. Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi