Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangIpoh – Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak komited dalam merealisasikan aspirasi negara untuk berada pada kedudukan ke-25 terbaik dalam indeks persepsi rasuah antarabangsa.
Demikian menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim sewaktu Majlis Perasmian Program Rakan Integriti Perak (DRIC) di Auditorium Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada sabtu lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, Kerajaan Negeri Perak telah bekerjasama dengan SPRM Negeri Perak dan Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO) bagi melaksanakan program Rakan Integriti Perak (Darul Ridzuan Integriti Champion – DRIC ) sebagai agenda utama pembudayaan integriti dan antirasuah di negeri ini. Tambah beliau:
DRIC merupakan program pengiktirafan kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Perak yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan pengurusan organisasi yang berteraskan integriti.
DRIC juga akan menjadi wadah wadah dalam mempromosikan amalan serta tatakelola baik dalam penyampaian perkhidmatan oleh jabatan dan agensi terlibat”.
Beliau juga menegaskan bahawa menerusi program DRIC ini, jabatan dan agensi terlibat turut akan dinilai keberkesanan penyampaian perkhidmatan masing-masing di samping penilaian terhadap pelaksanaan inisiatif antirasuah serta aktiviti yang berteraskan integriti.

Pada masa yang sama, turut diadakan tiga sesi Bicara Integriti, iaitu sesi pertama dijayakan oleh Pengarah SPRM Negeri Perak, YBhg. Dato’ Ahmad Sabri Mohemed; Ketua Jabatan Integriti Setia Group, YBrs. Tuan Jamal-Ud-Deen Nasir Khan; dan Ketua CJM Gobal, YBrs. Tuan Mohd Firdaus Ramian dengan tajuk “Jangan Berhenti Jadi Baik”.

Majlis tersebut turut disusuli dengan soal sesi bicara kedua oleh Ketua Jabatan Maxis Berhad, YBrs. Puan Nurirdzuana Ismail; Ketua Integriti Setia Group, YBrs. Tuan Roslan Hanapiah; dan Ketua Jabatan Integriti MBI, YBrs. Encik Rizam Abdul Rani yang bertajuk “Bertindak dengan Integriti.”

Soal bicara ketiga pula mengetengahkan Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Encik Zulhisham Ahmad Shukori; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, YBrs. Dr. Sakhuddin Zamli; dan Presiden Penguatkuasa PBT Johor, Tuan Raja Abu Bakar Raja Yahya dengan tajuk perbincangan “Rasuah Dihina, Maruah Dibina”.

Selain itu, turut diperkenalkan dua orang Duta DRIC yang dilantik mewakili komuniti, iaitu Ahli Jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), YBrs. Dr. Muhammad Zool Hilmi Md Aris dan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Saudara Samsul Saad.
