Zulhilmi bin Shalehuddin .
Diterbitkan pada 5 Julai 2025, 13:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Yang Berusaha (YBrs.) Dr. Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa pada 7 Julai 2025.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan penyandangnya, iaitu YBhg. Datuk Haji Azman Adnan yang bersara wajib pada 5 Julai 2025.

Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi suatu kenyataannya semalam berkata, beliau yakin bahawa Dr. Mohd Azam berupaya memperkasakan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan serta kompetensi tinggi yang dimilikinya.

“Pelantikan ini juga selari dengan hasrat untuk memartabatkan pendidikan berlandaskan nilai-nilai MADANI, demi kemajuan negara dan kemenjadian anak Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr. Mohd Azam mula berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam pada 1 Mac 1989 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Selain itu, beliau memiliki latar belakang akademik yang mantap, dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu, Ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik Wacana serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Strategik Komunikasi dari Universiti Malaya.

Kredit Foto: Facebook Pejabat KSU
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi