Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSungai Petani − Sebanyak 30 orang guru dari Wilayah Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) berjaya memperoleh sijil pengiktirafan antarabangsa bagi bidang animasi.
Program Latihan Pemantapan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan Adobe Certified Profesional in Multiplatform Animation Using Adobe Animate itu diadakan di Hotel Swiss Avenue, Sungai Petani pada 26 Oktober 2025 hingga 30 Oktober 2025 itu membabitkan guru yang terpilih dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membekalkan guru-guru dengan asas animasi yang dapat diaplikasikan dalam pembelajaran di sekolah.
Menurut Jurulatih Utama, YBrs. Puan Suhail Azmi, program ini adalah yang pertama kalinya diadakan untuk membantu guru-guru mempelajari animasi yang boleh digunapakai dalam pembelajaran.
“Aplikasi ini sesuai untuk mengajar murid-murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. (Walaupun) aplikasi ini agak sukar untuk diajar, namun saya lihat banyak peserta program ini berjaya mempelajari animasi tersebut,” ujar beliau.
“Bagi memperoleh pengiktirafan sebagai animator, semua peserta (guru) perlu menduduki peperiksaan dan harus lulus dengan markah 700 peratus,” tambah beliau.
Menurut wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Wilayah Utara, KPM telah memperuntukkan lebih RM11,000 bagi membekalkan guru-guru dengan kemahiran animasi
“Kemahiran yang dipelajari oleh guru-guru ini akan disebar luas selepas mereka tamat program ini.Mereka perlu mengajar dan berkongsi kemahiran yang dipelajari dengan rakan-rakan guru di sekolah masing-masing,” menurut beliau.