Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Seremban – Pembangunan modal insan dikenal pasti sebagai pemacu utama dalam menjayakan Reformasi Perkhidmatan Awam MADANI, sekali gus memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata bahawa kejayaan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada kekuatan ekonomi semata-mata, sebaliknya dipengaruhi oleh keutuhan modal insan yang berintegriti, berkompetensi serta beriltizam tinggi.
“Reformasi tidak bermula dengan sistem semata-mata. Reformasi bermula dengan manusia yang mempunyai integriti, kompetensi dan iltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa pelbagai dasar reformasi di bawah kerajaan MADANI telah berjaya memperkukuh ketahanan ekonomi negara. Antara pencapaian utama yang mencerminkan kejayaan ini termasuklah:
Bagi memastikan perkhidmatan awam kekal tangkas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini menerajui pelaksanaan Akta ILTIZAM Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2025.
Inisiatif ini menyasarkan Malaysia berada dalam kelompok 12 negara paling berdaya saing dunia menjelang tahun 2030 menerusi tiga pendekatan utama:
Sehingga kini, menerusi Agenda Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), kerajaan telah berjaya mengurangkan kos pematuhan sebanyak RM2.01 bilion setahun.
YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menambah, agenda reformasi ini turut diimbangi dengan pelbagai inisiatif kebajikan, termasuklah pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menggantikan sistem saraan terdahulu menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini.
Bagi mengukuhkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh, kerajaan turut memperuntukkan:
Mengakhiri amanatnya, beliau memetik pandangan ilmuwan Islam, Ibnu Khaldun, mengenai keutuhan tamadun yang bergantung rapat kepada integriti serta keadilan penggeraknya. Beliau menyeru seluruh penjawat awam untuk memperbaharui iltizam dan melaksanakan amanah demi kemakmuran negara.