Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Perlis – Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian Festival Jelajah Kampung Seberang Ramai di Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.
Program edisi kedua tersebut dianjurkan oleh Encomas Sdn. Bhd. dengan kerjasama Caffe Diem, serta All In Hotel yang bermula pada 6 Julai hingga 8 Julai 2024.
Turut berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusannya, Datuk Rick Cheng Wooi Seong.
Menurut Datuk Rick;
Penganjuran festival ini bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi adat dan budaya masyarakat kampung ini serta meneroka keunikan dan keindahan yang merupakan tumpuan utama pengunjung dan pelancong yang bertandang ke negeri ini.
Pelbagai aktiviti juga diadakan termasuklah lawatan ke gerai makanan warisan yang disediakan oleh tujuh buah kampung, pertandingan antara kampung yang bertemakan makanan, aktiviti tarian dan muzik, serta beberapa aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Selain itu, pertandingan membuat garam belacan dan juga persembahan boria khas oleh penduduk setempat turut diadakan.
