Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) memutuskan untuk mengekalkan garis panduan aktiviti sumbangan sekolah seperti sedia ada.
Menurut MJM,
Perkara itu termasuklah hal-hal yang membabitkan larangan memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya pada petang ini berkata,
MJM turut mengambil pendirian untuk memberikan pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan seperti yang telah diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.
Dalam hal ini, Jemaah Menteri tetap menegaskan bahawa penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam.