Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal menganjurkan Seminar Aspirasi Wanita MADANI (Seminar ASWANI) pada 30 dan 31 Julai 2024, bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.
Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan pada 30 Julai 2024.
“Antara pengisian seminar ini, termasuklah pembentangan kertas kerja dan forum daripada para penyelidik dan pendidik.
Sebanyak 10 kertas kerja akan dibentangkan dalam dua sidang pleno mengikut skop atau bidang kepakaran para pembentang kertas kerja pada 30 Julai 2024.
Pada hari kedua seminar, satu sesi forum yang bertajuk “Wanita Memimpin: Kendala dan Pemposisian dalam Pentadbiran Negara” akan diadakan pada 31 Julai 2024.
Tiga orang ahli panel yang tersohor dijemput untuk memberikan pandangan dan buah fikiran masing-masing dalam forum ini ialah Pengerusi Yayasan Kepimpinan Wanita, Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia, Prof. Madya Dr. Syarifah Syahirah Sy Sheikh dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Haslinda Abdullah.
Menariknya, penyertaan untuk menghadiri seminar ini adalah percuma tanpa sebarang yuran dikenakan dan terbuka kepada semua golongan lapisan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, DBP dengan berbesar hati mempelawa orang ramai yang berminat untuk menghadiri seminar berkenaan.