Diterbitkan pada 22 September 2024, 10:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian serius keprihatinan yang dizahirkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan situasi banjir di beberapa buah negeri yang berkemungkinan menjejaskan sesi persekolahan.

Merujuk kepada takwim kalendar akademik sesi 2024/2025, tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 2, adalah pada 22 September 2024 untuk negeri Kumpulan A dan 23 September 2024 untuk negeri Kumpulan B.

Institusi pendidikan di bawah KPM yang terkesan banjir dan dijadikan PPS akan meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), iaitu sama ada semua murid berada di rumah ataupun sebilangan murid tertentu melaksanakan PdPR.

Pihak sekolah  akan  memaklumkan  mengenai  perkara  ini  kepada ibu bapa atau penjaga murid yang terjejas.

Setakat 21 September 2024, status institusi pendidikan yang terkesan banjir adalah sebanyak enam institusi pendidikan melibatkan sejumlah lima sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah masih dilanda banjir di Kedah.

Ekoran situasi banjir yang masih terjejas, sebanyak 36 institusi pendidikan masih dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan sebanyak 20 sekolah sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (Kedah, 34; Pulau Pinang, 1 dan Perak, 1).

Jumlah yang berada di PPS adalah sebanyak1056 orang murid, manakala di negeri Perlis telah pulih sepenuhnya dengan semua PPS premis sekolah ditutup.

Bagi murid yang berada di PPS premis sekolah, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) untuk membantu murid dalam aspek kaunseling dan pembelajaran.

KPM akan terus memantau situasi banjir, bersiap siaga dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warganya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi