Oleh Nasrul BK
Diterbitkan pada 18 April 2025, 16:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Serdang – Pelajar Jurusan Perakaunan bersama-sama dengan empat orang pensyarah pembimbing Unit Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah menyertai Program EduJourney ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.

Program EduJourney ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam mengetengahkan persoalan mengenai fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia serta proses pengeluaran, teknik pemprosesan dan pemasaran produk hasil pertanian khususnya dalam industri tenusu.

Kira-kira 35 orang pelajar dari Jurusan Perakaunan telah mengikuti Program EduJourney di Farm Fresh Serdang dan Beryl’s di Seri Kembangan.

Program ini menepati kandungan sukatan pelajaran bagi setiap kursus yang diajarkan dalam Jurusan Perakaunan, antaranya termasuklah topik Sistem Kewangan dan Pengeluaran.

Program “EduJourney” tingkat kemahiran berfikir pelajar.

Penyelaras program EduJourney, Encik Mohd Nasaruddin Hydr Ali berkata lawatan ke Bank Negara Malaysia ini berjaya meningkatkan kefahaman pelajar tentang fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia sebagai institusi kewangan perbankan.

“Manakala lawatan ke Farm Fresh pula telah memberikan pendedahan kepada pelajar dari aspek pengeluaran, pemprosesan, penjenamaan dan pemasaran produk pertanian dalam industri tenusu. Akhir sekali, lawatan ke Berryl’s dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai ilmu perniagaan dalam pengeluaran produk berasaskan koko,” kata beliau.

Satu daripada peserta rombongan ini, iaitu Saudara Muhammad Riduwan Mohd Yusoff berkata, “lawatan EduJourney ini sangat menyeronokkan dan bermanfaat kerana pihaknya dapat menimba ilmu, pengalaman baharu serta memahami proses penghasilan produk”.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi