Oleh Nasrul BK
Diterbitkan pada 3 September 2025, 16:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Sebanyak 118 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang dan Pekan telah mengikuti Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Mahasiswa di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu Kuantan, Pahang yang bertujuan melahirkan mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan yang mempunyai jati diri yang tinggi.

Kursus ini dilaksanakan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Negeri Pahang. Objektif utama kursus ini adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat menghayati peranan dan tanggungjawab besar sebagai pemimpin negara.

Pada masa yang sama, kursus ini juga sebagai menyerlahkan identiti belia terhadap jati diri dan semangat patriotik ke arah pembinaan negara bangsa yang progresif serta meningkatkan kesedaran terhadap dasar dan hala tuju semasa negara.

Dekan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah YBrs. Dr. Hilmi Mat Said ketika memberikan ceramah di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu Kuantan, Pahang.

Dekan Pusat Sains Kemanusiaan, YBrs. Dr. Hilmi Mat Said berkata, penganjuran program seperti ini dapat diteruskan lagi khususnya untuk mahasiswa memanfaatkan pengetahuan dan idea yang diperoleh melalui latihan kenegaraan.

“Terutamanya bagi memperkukuh jati diri yang berilmu serta membentuk budaya keberhasilan diri bagi mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat dalam agenda pembinaan negara bangsa yang progresif,” ujarnya ketika dalam majlis penutupan.

Antara pengisian program ini termasuklah Ceramah MADANI Kenegaraan Malaysia yang disampaikan oleh Encik Nasrul Isyam Abdul Hamid yang merupakan Pensyarah Pengajian Am Kolej Matrikulasi Pahang dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, yang dilakukan bersama-sama dengan komuniti Felda Bukit Kuantan, Pahang.

Turut hadir dalam Majlis Penutupan program ini ialah Felo Kolej Kediaman 2 UMPSA, Encik Mohd Naffidi Abd Latif dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pahang, Cik Puteri Haifa Izian Nor Bakri.

 

 

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi