Diterbitkan pada 6 Julai 2026, 18:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) hari ini mengesahkan seorang murid tercedera akibat insiden tikaman yang berlaku di sebuah sekolah di negeri ini.

Menurut kenyataan rasmi JPN Selangor, murid yang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital. Manakala, suspek  berkenaan pula telah berjaya ditahan oleh pihak polis.

“Tumpuan utama pihak jabatan pada ketika ini adalah untuk memastikan murid yang tercedera mendapat rawatan terbaik, di samping memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepada pihak keluarga,” jelas JPNS.

Bagi menangani kes tekanan emosi terhadap pelajar berkenaan, JPNS telah mengambil langkah segera dengan menyediakan bantuan sokongan mental dengan gerakan pasukan kaunselor, guru bimbingan serta kaunseling untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada para murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, JPNS menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu proses siasatan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi