Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) mengambil perhatian terhadap insiden pergaduhan melibatkan murid yang berlaku di kawasan perumahan seperti yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.
Menurut kenyataan JPWPKL, pihak polis telah selesai menjalankan siasatan dan kes tersebut kini berada dalam proses tindakan perundangan.
Pihak JPWPKL akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
“JPWPKL menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan yang melibatkan warganya, serta tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah,” tegas JPWPKL .
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan identiti kanak-kanak di bawah umur seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang negara.