Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Sebanyak 48 sukarelawan siswa daripada 41 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh negara terpilih menyertai YSS Students Volunteer Mission: Green Summer Volunteer Campaign Vietnam 2026 bermula dari 18 Julai hingga 21 Ogos depan.
Penyertaan anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) itu bertujuan untuk memperkasakan budaya kesukarelawanan mahasiswa pada peringkat antarabangsa serta memperkukuh jaringan belia ASEAN.
Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat (YB) Datuk Aaron Ago anak Dagang berkata bahawa program berkenaan bukan sahaja menyokong aspirasi Malaysia MADANI menerusi nilai ihsan, hormat dan kesejahteraan, malah menjadi platform penting bagi diplomasi rakyat.
“Semangat kesukarelawanan yang diterapkan dalam kalangan belia melalui program ini bukan sahaja membentuk generasi yang prihatin, berjiwa besar dan bertanggungjawab, malah menjadi platform untuk belia menghayati kepelbagaian budaya, mengukuhkan perpaduan serta menyumbang kepada komuniti antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Sepanjang misi berlangsung, para sukarelawan akan ditempatkan di tiga lokasi utama, iaitu Kim Long Commune, Phu Loi Ward, dan Trung My Tay Ward untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan bersama-sama dengan sukarelawan tempatan. Antara inisiatif utama yang bakal dijalankan termasuklah:
Program tahunan anjuran Kesatuan Belia Bandar Ho Chi Minh (Ho Chi Minh Youth Union) yang diasaskan sejak tahun 1994 ini menarik pelibatan lebih 100,000 belia setiap tahun.
Menurut KPN, sejak tahun 2013, YSS telah menghantar sebanyak 562 orang sukarelawan siswa ke Ho Chi Minh City, sekali gus membuktikan komitmen berterusan Malaysia dalam mengukuhkan hubungan ikatan rakyat antara kedua-dua negara.
Misi pada tahun ini turut dimeriahkan dengan penyertaan sebanyak 45 sukarelawan antarabangsa lain yang terdiri daripada:
pelibatan pelbagai negara ini secara tidak langsung memperkukuh semangat persaudaraan serantau dan pertukaran budaya dalam kalangan belia ASEAN.