Diterbitkan pada 17 Februari 2022, 20:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Suasana di bandar Bangkok, Thailand.

Sebelum ini, negara Indonesia yang menukar nama ibu negaranya.

Kini, giliran negara Thailand pula menukar nama rasmi ibu negaranya yang dikenali sebagai Krung Thep Maha Nakhon.

Tindakan itu disebabkan susulan kabinet Thailand yang meluluskan draf berhubung dengan pertukaran nama ibu kota Bangkok untuk penggunaan rasmi.

Menurut Pejabat Penaung Diraja (ORST), pengenalan nama rasmi itu hanya akan dikuatkuasakan setelah semakan oleh Jawatankuasa Perundangan dan Kementerian Luar Negeri.

Hal ini dikatakan demikian bertujuan untuk mencapai kesepakatan dalam penukaran nama ibu negara itu.

Kabinet juga akan meminta panel jawatankuasa untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjutan daripada Kementerian Luar Negeri.

Namun begitu, walaupun nama rasmi ibu kota kerajaan Thailand ditukar, nama Bangkok yang digunakan sejak November 2001 tetap akan dipahatkan dalam kurungan.

(Sumber video: Onenews)

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi