Diterbitkan pada 17 Mei 2025, 12:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan diberi kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 Mei 2025 hingga 28 Mei 2025, bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Menurut kenyataan KPM pada hari ini, cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah yang terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

“Hal tersebut bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah yang terlibat tidak terjejas,” katanya.

Tambah KPM, “Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pelaksanaan PdPR.”

KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran, dan pada waktu yang sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

Senarai Sekolah yang Terlibat dengan PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

BIL. NAMA SEKOLAH              DAERAH NEGERI
1. SK Lembah Subang Petaling Utama Selangor
2. SK Assunta (Satu) Petaling Utama Selangor
3. SK (L) Bukit Bintang (1) Petaling Utama Selangor
4. SK Methodist, Petaling Jaya Petaling Utama Selangor
5. SK Jalan Selangor (Satu) Petaling Utama Selangor
6. SK 2 Jalan Selangor Petaling Utama Selangor
7. SK Satu Sultan Alam Shah Petaling Utama Selangor
8. SK 2 Sultan Alam Shah Petaling Utama Selangor
9. SK Sungei Way Petaling Utama Selangor
10. SJK(T) Vivekananda Petaling Utama Selangor
11. SMK Sri Utama Petaling Utama Selangor
12. SMK Lembah Subang Petaling Utama Selangor
13. SMK Assunta Petaling Utama Selangor
14. SMK (L) Bukit Bintang Petaling Utama Selangor
15. SMK Katholik Petaling Utama Selangor
16. SMK La Salle, Petaling Jaya Petaling Utama Selangor
17. SMK Sultan Abdul Samad Petaling Utama Selangor
18. SMK (P) Taman Petaling Petaling Utama Selangor
19. SK TUDM Subang Petaling Perdana Selangor
20. SK TTDI Jaya Petaling Perdana Selangor
21. SK Bukit Jelutong Petaling Perdana Selangor
22. SMK TTDI Jaya Petaling Perdana Selangor
23. SMK Shah Alam Petaling Perdana Selangor
24. SMK Bukit Jelutong Petaling Perdana Selangor
25. SK Cyberjaya Sepang Selangor
26. SK Taman Putra Perdana Sepang Selangor
27. SK Taman Putra Perdana 2 Sepang Selangor
28. SJK (C) Union Sepang Selangor
29. SMK Cyberjaya Sepang Selangor
30. SMK Putra Perdana Sepang Selangor
31. SMK Convent Bukit Nanas Keramat WP Kuala Lumpur
32. SMK Puteri Wilayah Keramat WP Kuala Lumpur
33. SMK Padang Tembak Keramat WP Kuala Lumpur
34. SMK Puteri Ampang Keramat WP Kuala Lumpur
35. SMK Seri Ampang Keramat WP Kuala Lumpur
36. SMK Puteri Titiwangsa Keramat WP Kuala Lumpur
37. SMK Seri Titiwangsa Keramat WP Kuala Lumpur
38. St. John Institution Keramat WP Kuala Lumpur
39. SK Convent 1 dan 2 Bukit Nanas Keramat WP Kuala Lumpur
40. SK St. John 1 Keramat WP Kuala Lumpur
41. SJKC Nan Kai Keramat WP Kuala Lumpur
42. SK Kampung Bharu Keramat WP Kuala Lumpur
43. SK Pendidikan Khas Kampung Bharu Keramat WP Kuala Lumpur
44. SJKT Jalan Fletcher Keramat WP Kuala Lumpur
45. SK Jalan Kuantan 2 Keramat WP Kuala Lumpur
46. SK Padang Tembak 1 Keramat WP Kuala Lumpur
47. SK Padang Tembak 2 Keramat WP Kuala Lumpur
48. SK Polis Depot Keramat WP Kuala Lumpur
49. SK Jalan Gurney 1 Keramat WP Kuala Lumpur
50. SK Jalan Gurney 2 Keramat WP Kuala Lumpur
51. SK Jalan Raja Muda Keramat WP Kuala Lumpur
52. SJKC Lai Meng Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
53. SMK Maxwell Sentul WP Kuala Lumpur
54. SMK Kiaramas Sentul WP Kuala Lumpur
55. SJKT Appar Sentul WP Kuala Lumpur
56. SJKC Chung Kwok Sentul WP Kuala Lumpur
57. SK (L) Jalan Batu Sentul WP Kuala Lumpur
58. SK(P) Jalan Batu Sentul WP Kuala Lumpur
59. SK Pendidikan Khas Jalan Batu Sentul WP Kuala Lumpur
60. SK Pendidikan Khas Jalan Peel, Taman Maluri Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
61. SK Kiaramas Sentul WP Kuala Lumpur
62. SMK (P) Bandaraya Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
63. SMK (P) Jalan Pudu Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
64. SMK (P) Methodist Kuala Lumpur Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
65. SJKC Kuen Cheng 1 Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
66. SK Jalan Hang Tuah Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
67. SK (P) Pudu Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
68. SJKC Kung Min Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
69. SK Jalan Pasar Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
70. SK Dato Abu Bakar Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur
71. SK Sultan Hishamuddin Alam Shah Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi