22 April 2024, 03:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Melaka – Ikon baharu TEJA telah dilancarkan oleh oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka, YBhg. Datuk Kalsom Noordin di Bangunan Canselori, Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), pada 22 April 2024. Pelancaran ikon ini bertujuan untuk menyerlahkan keterampilan mahasiswi agar terus dinamik dan unggul pada peringkat pendidikan tinggi negara merentas dunia.

Beberapa orang mahasiswi turut mengenakan set pakaian lengkap TEJA sebagai simbolik pemilihan ikon TEJA.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin:

TEJA merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan ikon dan atribut TUAH yang membawa maksud yang sama. T bermaksud Tangkas, E bermaksud Elegan, J bermaksud Jagat dan A bermaksud Adaptif. Dengan adanya ikon dan atribut TEJA dikhususkan untuk keunggulan peribadi mahasiswi, manakala TUAH dikhususkan untuk mahasiswa,” ujarnya dalam ucapan sewaktu majlis pelancaran ikon TEJA di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM.

Menurutnya lagi, UTeM mengambil semangat dan keperibadian unggul TEJA untuk diterapkan dalam diri mahasiswi UTeM. Pemilihan tersebut berteraskan keistimewaan srikandi hebat dan tabah, cekal menghadapi dugaan serta berjiwa kental, iaitu Tun Teja.

Tambah beliau:

 Pemilihan TEJA bukanlah kerana sejarah Tun Teja semata-mata, namun dipilih atas dasar semangat dan akronim TEJA itu yang dilihat selari dengan TUAH.

TUAH diperkenalkan pada 8 Mac 2019, iaitu ikon dan atribut TUAH bermaksud Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik, yang mewakili ciri-ciri atribut mahasiswa yang ingin dilahirkan oleh UTeM.

Inisiatif ini seiringan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) keempat, iaitu “Pendidikan Berkualiti” yang secara perinciannya berkaitan rapat dengan usaha menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.  Inisiatif murni ini digerakkan dengan jayanya oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM.

 Beberapa orang mahasiswi mengenakan set pakaian TEJA.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor HEPA UTeM, Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, menjadi tanggungjawab UTeM untuk terus komited mengemudi lonjakan pemerkasaan mahasiswa dan mahasiswi universiti ini secara berterusan. Nilai-nilai ini akan diterapkan dalam keseluruhan komuniti mahasiswa dan mahasiswi UTeM, yang secara langsung berupaya meningkatkan kemenjadian bakat mereka yang akhirnya mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi cemerlang, seimbang dan holistik.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBrs. Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor dan Penyelidikan dan Inovasi, YBrs. Prof. Ir. Dr. Ghazali Omar.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.