Diterbitkan pada 16 Mac 2021, 14:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Dubai, deposit individu di bank UAE terus meningkat pada suku terakhir tahun 2020 meskipun terdapat banyak cabaran ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.  Menurut portal Arab News, Bank di UAE mencatatkan deposit individu sebanyak 13 bilion dirham ($3.5 bilion) pada suku keempat tahun lalu. Jumlah ini menaikkan baki deposit terkumpul kepada 493.9 bilion dirham.

Bank pusat itu mengatakan bahawa deposit ini menyumbang sebanyak 26.2 peratus daripada jumlah baki pelaburan yang berjumlah sebanyak 1.89 trilion dirham pada akhir tahun 2020. Peningkatan ini berlaku ketika banyak bank di rantau ini terpaksa berhadapan dengan krisis kesihatan global yang menyaksikan banyak perniagaan dan peminjam individu terpaksa berjuang untuk membayar pinjaman.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi