Diterbitkan pada 26 Mac 2021, 18:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

SUNGAI PETANI – Sebelum ini, seluruh dunia dipertontonkan fiem Black Hawk Down yang memaparkan kemenangan tentera Amerika Syarikat dalam pertempuran di Mogadishu, Somalia. Walau bagaimanapun, filem tersebut tidak menceritakan fakta yang sebenar bahawa mereka diselamatkan dengan bantuan 100 orang tentera Malaysia, iaitu daripada Batalion Malaysia Pertama (MALBATT 1).

Buku Somalia Belang Harimau Besi, terbitan DBP.

Setelah 26 tahun berlalu, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid tampil untuk membetulkan fakta sejarah yang diketahui dan dipegang oleh banyak orang dan diputarbelitkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka.  Maka, lahirlah buku Somalia Belang Harimau Besi, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memaparkan kisah sebenar yang dilaluinya bersama-sama pasukannya dalam misi menyelamatkan 70 orang anggota US Rangers yang terperangkap selepas dikepung oleh militia di Pasar Bakara, Mogadishu.

Buku Somalia Belang Harimau Besi ini disempurnakan pelancarannya oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain, di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Yang turut hadir

Tan Sri Datuk Zamrose menyempurnakan pelancaran buku Somalia Belang Harimau Besi.

ialah Mohd Halim yang kini bertugas sebagai Panglima di Markas Divisyen Kelima Infantri, di Kota Kinabalu, Sabah; Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBP, Tuan Haji Abdul Halim Harun; Puan Siti Zawiyah Yahya, iaitu balu Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang yang terkorban dalam misi tersebut dan sebahagian veteran pertempuran Somalia (bersara).

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi