Oleh Aninah Janang
27 Mac 2021, 10:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Indonesia melaporkan hampir 1.5 juta  orang rakyatnya dijangkiti COVID-19 dan lebih 40 ribu kematian.  Rentetan itu, negara tersebut telah melarang mudik,  iaitu amalan tahunan yang menyaksikan jutaan rakyatnya pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. Hal ini disebabkan kebimbangan akan peningkatan jangkitan COVID-19.

Pada Jumaat (26 Mac 2021), pemerintah Indonesia mengeluarkan arahan melarang mudik disebabkan kebimbangan akan peningkatan jangkitan COVID-19. “Tidak akan ada Mudik pada 2021,” kata Menteri Kebudayaan Muhadjir Effendy dalam satu kenyataan.

Namun begitu, beliau menambah beberapa orang mungkin mendapat pengecualian untuk “perjalanan terdesak”, tanpa memberikan penjelasan lanjut. Negara tersebut pada awalnya mengumumkan rancangan untuk memvaksinasi lebih 181 juta orang penduduknya dalam  tempoh setahun.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.