Oleh Aninah Janang
29 Mac 2021, 16:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Institut Kraf Negara (di bawah pengurusan Kraftangan Malaysia) mempelawa golongan belia di seluruh negara yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian bagi sesi Julai 2021 dalam bidang kraf berteraskan kemahiran, iaitu Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara atau Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Institut Kraf Negara menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri. Kini, Institut Kraf Negara telah membuka dua lagi kampus baharu, iaitu Kampus Satelit Sabah di Inanam dan Kota Belud serta Kampus Satelit Sarawak di Kuching dan Betong, Sarawak.

Program yang ditawarkan termasuklah  Program Diploma – Tiga Tahun (Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor); Program Sijil – Dua Tahun; (Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor); Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Dua Tahun (Penempatan di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor, Kampus Satelit Sabah dan Kampus Satelit Sarawak).

Antara kemudahan dan kelebihan bagi kedua-dua program yang ditawarkan ialah para pelajar akan menerima kemudahan seperti asrama, alatan dan bahan bengkel disediakan, elaun sara hidup bulanan, makan dan minum serta insuran perlindungan pelajar. Permohonan kini dibuka dan dibuat secara dalam talian dari 1 Disember 2020 hingga 15 Jun 2021. Sebarang pertanyaan lanjut boleh layari laman web [email protected] atau hubungi talian 019-30005709.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.