Oleh Syaza Wardina
2 Julai 2021, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada hari ini mengumumkan pelantikan Datin Sri Nor Zamani Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada 22 Jun 2021.

Nor Zamani, berusia 59 tahun merupakan KPPM yang ke-18 dan merupakan wanita ketiga yang dilantik sebagai KPPM. Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatannya, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta. Nor Zamani berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya.

KPM meletakkan sepenuh keyakinan terhadap Nor Zamani untuk menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.