Oleh G. Manimaran
27 Ogos 2021, 13:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Pengumuman barisan kabinet baharu disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini mengumumkan pembentukan kabinet beliau yang menyaksikan pelantikan sebanyak 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri, dengan kebanyakan anggota lama dalam kerajaan sebelum ini dikekalkan. Antara yang dikekalkan termasuklah Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Radzi Jidin.

Selain beliau, Menteri Kanan yang turut dilantik semula terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Datuk Seri Fadillah Yusof yang menerajui  Kementerian Kerja Raya.

Dalam pengumuman itu, Perdana Menteri tidak mengumumkan pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tambahnya, barisan kabinet yang dibentuk pada hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama-sama rakyat yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik,” ucap beliau yang disiarkan secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Tambah Perdana Menteri, dengan mengambil kira hakikat bahawa beliau menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya, maka pembentukan kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.

Maka itu, beliau akan memastikan barisan kabinet akan komited menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

“Barisan kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan,  memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur,” katanya,

Sehubungan dengan itu, kata beliau, bagi mendepani cabaran semasa, kabinet perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah, dan mengembalikan semula keyakinan rakyat. Tegas Perdana Menteri, beliau akan memastikan barisan kabinet yang akan mengangkat sumpah pada Isnin, 30 Ogos 2021, akan menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” kata Perdana Menteri lagi.


SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: YB Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan: YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Menteri Kewangan: YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I: YB Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II: YB Tuan Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya: YB Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: YB Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan: YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: YB Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II: YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): YB Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: YB Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas): YB Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

Timbalan Menteri: YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang): YB Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): YB Senator Tuan Idris Ahmad

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan: YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar: YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr. Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia: YB Datuk Seri Saravanan Murugan

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan: YB Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: YB Datuk Seri Rina Harun

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi: YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri: YB Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri: YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said

Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan: YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali

Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan: YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar: YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri II: YB Datuk Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri: YB Dato’ Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri: YB Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: YB Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia: YB Tan Sri Annuar Musa

Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: YB Datuk Seri Dr. Adham Baba

Timbalan Menteri: YB Datuk Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: YB Tan Sri Noh Omar

Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: YB Datuk Dr Zuraida Kamaruddin

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: YB Datuk Seri Nancy Shukri

Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara: YB Datuk Halimah Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan: YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu

Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

 

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi