13 Disember 2021, 10:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Siasatan terperinci dilakukan untuk mengenal pasti punca kegagalan keruntuhan bumbung sekolah SMK Seri Menanti.

Muar, Johor – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Muar mengarahkan pihak perunding dan kontraktor untuk mengambil tindakan pembaikan dengan segera setelah siasatan terperinci dilakukan berikutan kejadian bumbung runtuh di sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) seri menanti, Muar.

Pembaikan bumbung sekolah tersebut perlu dilakukan segera bagi memastikan blok-blok yang terlibat dapat digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Sehubungan dengan itu, KPM telah mengarahkan pihak perunding terlibat dengan kerja-kerja reka bentuk untuk menjalankan siasatan terperinci dan menyediakan laporan berkaitan kegagalan tersebut, termasuklah keselamatan kerja bumbung di blok bersebelahan.

Menurut KPM, kerja-kerja menaik taraf bumbung sekolah dan penyelenggaraan bangunan serta kerja lain yang berkaitan di SMK Seri Menanti dilaksanakan melalui perolehan secara sebut harga oleh JKR Daerah Muar selaras dengan peraturan perolehan yang berkuat kuasa.

“JKR Daerah Muar telah mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bumbung dan penyelenggaraan bangunan di sekolah berkenaan bermula dari 16 Ogos 2021 dan dijangka siap pada Januari 2022”, katanya dalam kenyataan itu.

Semasa kejadian, angin kuat telah memasuki struktur bumbung yang dalam keadaan separa terbuka telah menjadi punca kegagalan struktur bumbung di blok Meranti. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.