26 April 2024, 18:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Hanafi Mohd. Yusof

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd. Ali semasa merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 di Menara MyIPO, hari ini.

Petaling Jaya – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd. Ali mengumumkan bahawa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menawarkan pengecualian fi bagi Perkhidmatan Pendapat dan Carian Awal (PCA) bagi cap dagangan untuk tempoh sebulan, iaitu hingga 23 Mei 2024.

Keputusan ini dibuat dengan tujuan untuk menggalakkan lebih banyak pendaftaran cap dagangan.

“Selain itu, pengecualian fi PCA ini dilakukan agar lebih banyak usahawan mendapat peluang untuk melindungi hak harta intelek mereka.

Demikianlah kata beliau ketika menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 bersempena dengan sambutan Hari Harta Intelek Negara 2024 di Dewan Mutiara, Menara MyIPO pada pagi ini.

Sekitar Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024.

Menurut beliau, MyIPO telah menerima sebanyak 61 600 permohonan harta intelek berbanding dengan 59 699 dalam tempoh yang sama pada tahun 2022.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 490 permohonan ialah permohonan harta intelek tempatan dengan peningkatan sebanyak 7.8 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Tambah beliau,

MyIPO perlu terus mempergiat usaha untuk meningkatkan pemfailan tempatan ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek negara.

Oleh itu, beliau menyarankan agar MyIPO sentiasa komited dalam memperkasakan keberadaan pada peringkat antarabangsa melalui aplikasi harta intelek dengan industri baharu sebagai menyahut cabaran kerajaan, seiring dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.