30 April 2024, 18:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Mohd Firdaus Poudzi dan Muhammad Zulhusni Aiman Zamharir

Sebanyak 34 orang peserta menyertai Bengkel ToT-Python di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Perlis ­– Bengkel Persediaan Latihan Tenaga Pengajar (ToT-Python) bagi Program AiREd (AI and Robotic Educational Club) Siri 2 2024 berlangsung dengan jayanya pada 29 hingga 30 April 2024 bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Bengkel ini merupakan bengkel anjuran Faizuddin Center of Educational Excellence (FCoEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sebagai rakan strategik FCoEE, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut diberi peluang untuk menyertai bengkel kali kedua yang diadakan pada tahun 2024 di lokasi yang sama.

Bengkel ToT-Python dirasmikan oleh Pengerusi FCoEE, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Dalam ucapan perasmian, Pengerusi FCoEE, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata,

Hari ini, kita akan meneroka cara Python untuk membantu kita dalam bidang pendidikan kecerdasan buatan (AI). Python mempunyai ekosistem yang luas, terutamanya perpustakaan dan rangka kerja yang khas untuk AI dan pembelajaran mesin.

“Hal ini membolehkan kita untuk mengembangkan model AI dengan lebih efisien.

“Saya yakin projek ini dapat memberikan impak positif kepada pendidikan di Perlis.

Menurut beliau, Projek AIRES (Artificial Intelligence for Rural Education System) dilaksanakan untuk menyediakan tenaga pengajar AI di lapan buah sekolah di Perlis.

Dengan bantuan Python, guru dapat mempelajari tentang kemahiran, khususnya dalam mengajar topik pembelajaran mesin, pelihatan komputer, dan pemprosesan bahasa semula jadi.

Dengan semangat kolaborasi dan komitmen, saya percaya projek AIRES mampu memberikan impak positif kepada pendidikan di Perlis.

Demikianlah kata Pengerusi FCoEE ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel ToT-Python pada pagi ini.

Mengulas lanjut, pelibatan bengkel ini disertai oleh sebanyak 34 orang peserta yang terdiri daripada 32 orang guru daripada lapan buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah dari Perlis, serta dua orang pegawai DBP.

YBrs. Dr. Goh Chew Cheik menjadi pembimbing sepanjang dua hari berlangsungnya bagi Bengkel ToT-Python.

Sebanyak lima sesi bengkel yang dibimbing oleh Jurutera Perisian Kanan, YBrs. Dr. Goh Chew Cheik. Antara sesi tersebut, termasuklah Sesi 1: Python Syntax, Python Variables, Python Data Type,  Python Casting dan Python Strings; Sesi 2: Python Booleans, Python Operators, Python Lists dan Python Sets; Sesi 3: Python Arrays, Functions, Python Classes and Objects dan Usage in ROS; Sesi 4: If … Else, For Loops dan While Loops; dan Sesi 5: Python Date and Time, Python JSON dan Python File Open.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.