5 Mei 2024, 21:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Dalam fenomena cuaca panas yang melanda negara, masyarakat dinasihatkan untuk cekap dalam penggunaan perkakasan elektrik bagi mengelakkan pembaziran tenaga serta bebanan membayar bill elektrik yang tinggi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama-sama barisan pekerja TNB.

Demikian disembah taklimatkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil oleh Ketua Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Perlis, Azian Alias sempena keberangkatan baginda melancarkan kempen “Cekap Guna Elektrik, Pasti Jimat Bil Elektrik” di Wisma TNB Perlis, Bulatan Jubli Emas, Kangar hari ini.

Contohnya, ketika menggunakan penghawa dingin pastikan tingkap serta pintu ditutup rapat bagi mengelakkan motor penghawa dingin berterusan bekerja untuk mendapatkan suhu yang diperlukan. Pengguna juga boleh merujuk panduan menggunakan elektrik secara cekap di laman sesawang TNB di www.TNB.com.my.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan penganjuran Majlis Mesra Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis 2024.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyampaikan Sumbangan Ihsan Balu (Jasa dalam Kenangan) kepada Puan Suhaila Jamaludin.

Terdahulu, Pengurus Besar TNB Negeri Perlis dan Kedah, Wan Ishak Soed dalam ucapan alu-aluan beliau kepada baginda memaklumkan bahawa majlis anjuran TNB Perlis ini bertujuan untuk menjalinkan silaturahim dan ukhuwah serta integrasi bersama-sama dengan para pemimpin dan masyarakat serta warga kerja TNB negeri.

Majlis ini juga dilaksanakan bagi menjalankan tanggungjawab sosial TNB yang sentiasa mendekati dan mendampingi masyarakat selaras dengan imej TNB sebagai badan korporat yang prihatin.

Menurut Wan Ishak, dengan mengadakan program seumpama ini, TNB berpeluang menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada masyarakat setempat yang merupakan pelanggan dan aset utama TNB.

Tuanku Raja Muda di akhir program turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian proses pemasangan meter di rumah pengguna.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.