2 Mei 2024, 15:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohamad Adib Zulkifli

Sesi bergambar selepas Syarahan Umum IPSAS Siri Kelima pada program 5th Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being (DLS): Cultivating Empathy & Compassion through Education for Youth Wellbeing di Auditorium Jurutera Radin Umar, UPM, hari ini.

Serdang – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menegaskan agar masyarakat membina sebuah ekosistem pendidikan yang berasaskan empati dan belas kasih bagi menjamin kualiti hidup dan kesejahteraan belia dalam mendepani cabaran masa depan.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

Kesejahteraan belia, khususnya dalam konteks rasa kasih sayang yang harus ditanam dalam sistem pendidikan.

“Beberapa pendekatan dan langkah yang sedang kita tangani dari sudut akademik ialah pembangunan karakter anak muda.

“Semua tumpuan harus berada dalam rangkulan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu dan harus disambut oleh masyarakat dalam menyediakan ekosistem yang lebih kukuh bagi mempertahankan daya juang anak-anak, khususnya rasa empati dan belas kasihan dalam pembelajaran.

Demikian kata YB Fadhlina Sidek dalam syarahan pada program 5th Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being (DLS): Cultivating Empathy & Compassion through Education for Youth Wellbeing anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

YB Fadhlina Sidek bersama-sama penulis buku terbaharu terbitan UPM, iaitu Komik Sukan Bersih dan When Love Heals Hate.

Bersempena dengan syarahan tersebut, YB Fadhlina telah merasmikan dua buah buku terbaharu terbitan UPM, iaitu Komik Sukan Bersih yang dihasilkan oleh penyelidik IPSAS dan When Love Heals Hate yang ditulis oleh Dr. Murni Wan Mohd Nor, pemikir IPSAS.

Naib Canselor UPM (Akademik dan Internasional), YBhg. Profesor Dr. Ismi Arif Ismail.

Sementara itu, Naib Canselor UPM (Akademik dan Internasional), YBhg. Profesor Dr. Ismi Arif Ismail berkata,

Syarahan ini merupakan satu pendekatan terbaik dalam usaha mewujudkan keprihatinan yang lebih signifikan berkaitan dengan dimensi falsafah dan pembangunan belia untuk memahami kesejahteraan belia pada era ini.

Dalam sidang media sejurus selepas perasmian tersebut, beliau turut memaklumkan bahawa KPM optimis meningkatkan kemahiran murid dalam aliran sains menerusi pembudayan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah.

Pembudayaan STEM kini sedang diberikan perhatian, yakni dalam Belanjawan 2024, kita dimaklumkan mengenai RM100 juta diperuntukkan untuk pembaikan makmal.

“Hal ini merupakan inisiatif penting dalam usaha kita membugarkan budaya STEM di sekolah, seperti mempergiatkan program inovasi pada peringkat sekolah merentas kementerian lain.

Menyedari akan kepentingan pembinaan karakter terhadap generasi muda negara, beliau menegaskan bahawa:

Kita boleh mengambil iktibar dan pedoman daripada pelbagai manusia dan kepakaran, tetapi pada akhirnya yang akan menentukan kita menjadi manusia atau pun tidak ialah proses pembelajaran yang efisien.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.