2 Mei 2024, 15:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat meraikan delegasi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau nama lainnya, iaitu W.I. Et Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Kelantan seramai 32 orang dalam Majlis Santapan Malam di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jalan Raja Muda, Kangar.

Delegasi tersebut diketuai oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Datuk Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz dan Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Datuk Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

DYMM Raja Perempuan Perlis (tengah) berkenan merakamkan gambar bersama-sama dengan Tengku Temenggong Kelantan (dua dari kiri) dan Tengku Puan Temenggong Kelantan (dua dari kanan) serta wakil delegasi WI Kelantan yang lain.

Bersempena dengan kempen Tahun Melawat Perlis 2024–2025, mereka juga akan melawat Taman Mempelam Harumanis Perlis di Bukit Bintang, Taman Buah-buahan Eksotik Sg Batu Pahat, Taman Rimba Herba Bukit Ayer, Kompleks Dewan Undangan Negeri Kangar, membeli-belah di Arked Niaga Padang Besar, menjamu selera di salah sebuah restoran ikan bakar di Kuala Perlis serta melawat Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.