30 April 2024, 08:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini memaklumkan bahawa KPM sedang giat melaksanakan tiga inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.

“Tiga inisiatif tersebut merupakan tindakan yang dibuat berdasarkan maklum balas terhadap Laporan Bank Dunia yang bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strenghtening Foundation Skills” berkenaan sistem pendidikan negara,” ulas KPM dalam kenyataan tersebut.

Tambah KPM,

Tiga inisiatif penting tersebut ialah penstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani dari peringkat awal.

Melalui kenyataan tersebut, tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru melalui pelbagai program yang ditawarkan seperti Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.