29 Disember 2021, 15:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
KWSP komited menggerakkan bantuan untuk memulihkan semula simpanan pelanggan.

Kuala Lumpur – Rentetan penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan sebahagian besar masyarakat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada tahun 2020, serta diikuti oleh i-Citra pada bulan Julai 2021.

Inisiatif ini adalah untuk memenuhi keperluan aliran tunai sangat mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemerosotan ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Secara faktanya, Malaysia berbaki sembilan tahun sahaja lagi untuk mencapai status negara menua pada tahun 2030. Hal ini menyebabkan ramai warga emas memerlukan sokongan padu dari kerajaan. Dianggarkan sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan penduduk, iaitu sebanyak 3.5 juta memerlukan sokongan dari kerajaan.

Pada tahun 2042 pula, angka ini dijangka semakin meningkat kepada 7.4 juta orang bersamaan dengan 21 peratus dari keseluruhan penduduk yang akan memerlukan sokongan kerajaan.

Situasi ini dijangka memberikan cabaran kepada KWSP untuk merangka dasar dalam aspek pekerjaan, jaminan pendapatan dan penjagaan kesihatan. Ketidakcukupan wang persaraan boleh menyebabkan ketidaktentuan lain seperti kos penjagaan kesihatan yang dijangka meningkat.

Maka demikian seiring dengan pembukaan semula sektor ekonomi, KWSP kini memfokuskan gerak kerja untuk memulihkan semula simpanan pelanggan. Sebagai badan dana simpanan utama persaraan negara ini, KWSP sangat komited untuk membantu rakyat merancang persaraan dengan lebih berhemah serta menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pengeluaran yang tidak bersifat mendesak.

KWSP komited untuk terus melindungi simpanan ahli, selaras dengan mandatnya untuk memastikan simpanan ahli terus terpelihara bagi menjamin persaraan yang selesa. Kepelbagaian bantuan kewangan kerajaan yang ditawarkan kepada individu dan perniagaan untuk pemulihan daripada pandemik dan banjir.

Mengulas lebih lanjut, KSWP secara terbuka menzahirkan keprihatinan badan dana persaraan tersebut kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir dan tidak terkecuali dari tanggungjawab sosial terhadap rakyat yang terkesan akibat bencana luar jangkaan ini.

Sebagai organisasi yang bertanggungjawab dari segi sosial, KSWP dan organisasi lain perlu memainkan peranan penting ke arah kesejahteraan Malaysia.

“KWSP melalui penyertaannya di bawah Rangkaian Tindak Balas GLIC/GLC (GDRN) telah menawarkan sokongannya melalui sumber di bawah keupayaannya, termasuklah peruntukan RM10 juta yang diperoleh daripada penjimatan melalui perbelanjaan operasi yang diperuntukkan oleh KWSP.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.